Set 3M : Set penyusuan terunggul

3M adalah set penyusuan terbaik dari Shaklee. Ia bukan sekadar untuk penyusuan, malah untuk kecantikan dan penurunan berat badan yang ideal dan unggul. Selain bertindak sebagai milk booster, ESP atau protein soya memelihara fungsi otot dan memberi rasa kenyang, bertenaga dan seterusnya membantu penurunan berat badan dengan cepat

Suplemen khas untuk ibu hamil

Ibu yang sedang hamil perlu memastikan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin menjamin kesihatan ibu dan bayi

Keluarga sihat dengan Omega Guard

Shaklee Omega Guard merupakan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 semulajadi seperti DHA, EPA, ALA dan banyak lagi yang penting untuk mengekalkan kesihatan. DHA dan EPA dipercayaimampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

Set bersalin Shaklee

Ibu yang baru sahaja bersalin memerlukan khasiat vitamin dan mineral untuk mengembalikan kecergasan tubuh badannya setelah bersusah payah dan kepenatan saat melahirkan bayi. Minum air yang mencukupi juga menjamin kestabilan sistem tubuh yang unggul..

JOINT HEALTH SET melegakan sakit sendi

Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.

Selamat datang ke Nourelhealth Online.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? sihat? Segar? Anggun? Saya pasti ramai yang mahu tampil seperti itu. Rupa paras yang elok dan segar mampu memberi keyakinan pada diri seseorang untuk tampil dengan imej yang bertenaga. Bagi wanita pula, kecantikan adalah aset utama untuk tampil bertenaga dan berkeyakinan dalam melakukan aktiviti harian. Kulit yang berjerawat, kusam dan kasar boleh mengakibatkan rasa rendah diri dan stress. Nourelhealth akan sentiasa memberikan apa yang terbaik buat anda.
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Menunaikan Umrah Dengan Set Ibu Hamil Shaklee Memang Terbaik!

Wanita yang pernah melalui alam kehamilan pasti tahu betapa penat & letihnya mengandung lebih 9 bulan. Berjalan dengan rasa kebas dan sengal kaki, sakit belakang mahupun pinggang. Ada pula yang berasa pening & loya berbulan-bulan lamanya. Perlu diingatkan simptom-simptom tersebut boleh menggangu kelancaran kehamilan anda. Ada yang berasa stress akibat simptom-simpton tersebut dan boleh memberi kesan negatif pada kesihatan ibu & bayi.

Saat pertama kali mengandungkan anak sulung, saya mengalami pelbagai simptom kehamilan yang membuatkan saya selalu berasa murung... setiap hari pergi ke kerja, badan terasa amat letih. Saat usia kehamilan menjangkau 5 bulan, saya mulai rasa kebas anggota badan. pada waktu pagi jemari terasa amat sukar untuk digenggam, sendi-sendi jemari berasa sangat sakit. kaki pula selalu berasa kebas dan adakalanya cramp di waktu malam. sakit pinggang & belakang sudah tentu! Loya & penig sudah pasti... hehe.. saya sekadar mengambil suplemen yang dibekalkan oleh doktor di klinik. 

Namun saat hamil anak kedua, semuanya ternyata berbeza. Tubuh terasa sangat bertenaga, sakit sendi amat kurang malah cramp kaki pernah terjadi hanya 1x sahaja sepanjang tempoh kehamilan.Syok sangat sebab badan rasa sihat & jarang demam. Malah boleh cergas menjaga anak sulung yang baru berusia 1 tahun lebih bermula saat awal kehamilan hingga bersalin. Lagi best walaupun hamil saya masih menyusu badan.. Alhamdulillah...saat usia kehamilan menjangkau 6 bulan, saya berhenti menyusukan anak kerana perut sudah terlalu besar. Walaubagaimana pun saya bersyukur...

Apa rahsianya? tentulah Set Ibu Hamil Shaklee...saya amat konsisten mengamalkan kesemua suplemen dalam set ini sepanjang kehamilan. Malah saat hamil 30 minggu, saya menaiki kapal terbang & membawa anak sulung yang ketika itu berusia 1 tahun 7 bulan ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah. Dengan izin Allah, saya dapat menjalani ibadah tersebut tanpa sebarang masalah.

Bukan mudah membawa anak kecil travel jauh dalam keadaan hamil 30 minggu ketika itu. Transit & penerbangan sahaja mengambil masa hampir 24jam. Namun, Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya menjadi mudah. Terima kasih 'SET IBU HAMIL SHAKLEE' kerana membekalkan tenaga, nutrien & vitamin untuk kesihatan sepanjang menunaikan ibadah. Walaupun berjalan kaki hampir 1km dari hotel ke Masjidilharam sewaktu di Makkah, badan bertenaga, cergas & sihat.. MasyaAllah, seronok tawaf Kaabah saat hamil dengan perut yang besar.. semoga anak yang dikandung menjadi anak yang soleh.. Aminn... Setiap kali ke masjid saya bawa bersama Anak sulung saya dan dia akan duduk di sebelah...(rindu benar saat itu..).. Alhamdulillah.. Kepada ibu yang sedang hamil, cubalah set ibu kehamilan Shaklee. Anda pasti merasai kelainannya. 

Apa ada dalam Set Ibu Hamil Shaklee?



Set J1 (Ibu hamil trimester 1)

  1. Vitalea - Multivitamin dan mineral terbaik dengan zat besi yang membantu pembentukan sel-sel darah merah. (tidak perlu ambil obimin jika ambil vitalea)
  2. B-Complex - Terdiri daripada 8 kumplulan Vitamin B dan asid folik. Vitamin B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah manakala asid folik mencegah kecacatan tiub neural pada janin.
  3. Vitamin C - Meningkatkan sistem imun dan pertahanan tubuh ibu hamil
  4. Ostematrix/Kalsium - Sangat sesuai jika ibu kurang minum susu. Saat hamil janin memerlukan kalsium untuk perkembangan tulang dan gigi, kekurangannya menyebabkan kalsium ibu diserap oleh bayi dan menyebabkan ibu merasa kebas dan sakit belakang. Pengambilan kalsium mampu mencegahnya.

Set J2 (Ibu hamil trimester 2 dan 3)

  1. Vitalea
  2. B-Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix/Kalsium
  5. Omega Guard - Mengandungi minyak ikan Omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA. Membantu perkembangan otak janin. 
Tidak perlu lagi mengambil asid folik dan obimin yang dibekalkan oleh doktor sekiranya ibu telah mengambil salah satu set di atas.

Selain suplemen di atas, saya juga mengambil Mealshake (Multivitamin dengan kalsium & kaya fiber) dan juga Protein soya (ESP)

Mealshake bantu menyihatkan tubuh serta mengurangkan masalah deman, batuk & selesema. Untuk info Mealshake klik sini.


Ibu hamil juga boleh mengambil ESP (Energizing soy protein) Shaklee untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. Untuk ketahui kelebihan dan kebaikan ESP klik sini.


Alhamdulillah, anak yang lahir juga sihat & sangat comel.. ;)

Jika anda berminat mencuba, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728. 

Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728 



klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

Thursday, 3 April 2014

Ostematrix (Kalsium Shaklee) Bantu Kurangkan Sakit Sendi, Kuatkan Tulang & Gigi

Alhamdulillah, April adalah bulan promosi beli 6 percuma 1 untuk Kalsium (Ostematrix) Shaklee. Kalsium adalah antara suplemen kegemaran saya sejak dari awal kehamilan lagi. Jika anda tidak menggemari susu, maka pil kalsium adalah jalan terbaik untuk menampung keperluan dalam diet harian. Semua orang memerlukan kalsium. Kekurangannya mengakibatkan tulang mudah rapuh, sakit sendi dan belakang serta kebas-kebas pada anggota badan. Untuk ibu hamil mahupun menyusu, kalsium penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Bukan orang tua sahaja memerlukan kalsium, tetapi cegahlah osteoporosis sejak dari muda lagi.



Saya sukakan kalsium Shaklee kerana banyak membantu saya saat hamil kali kedua. Tiada sakit sendi dan belakang serta tiada masalah kebas-kebas lagi seperti kehamilan terdahulu. Tidak seperti kehamilan saya yang pertama dahulu, seawal usia kandungan 5 bulan lagi saya sudah mengalami masalah sakit sendi terutamanya di jari jemari tangan sehinggakan saya tak mampu untuk menggenggam tangan di awal pagi. Suami lah yang terpaksa mengurut jemari saya sehingga rasa sakit itu surut. Masalah 'cramp' pada otot kaki juga seringkali terjadi pada waktu malam. Tumit kaki sudah tentu berbisa untuk berpijak dan semua itu berlarutan sehinggalah saat melahirkan anak pertama. 

Alhamdulillah, Kehamilan kali ini yang sudah pun mencecah 30 minggu, semua masalah yang saya ceritakan di atas tadi tidak berlaku. Malah saya baru sahaja pulang menunaikan ibadah umrah yang memerlukan saya berjalan kaki setiap hari berulang-alik ke masjid yang agak jauh tanpa sebarang masalah walaupun perut semakin membesar. Tambahan pula membawa anak sulung yang berusia 1 tahun 7 bulan sememangnya mencabar.

Bukan sekadar itu, seorang teman saya yang mengambil kalsium shaklee sewaktu hamil dahulu, mengakui anaknya memiliki tulang yang kuat. Seawal usia 1 bulan, anaknya sudah boleh mengangkat kepala sendiri. Tubuhnya lebih tegap berbanding bayi yang seusia dengannya.

Kalsium banyak kelebihannya kepada tubuh. Kekurangannya boleh mengakibatkan kehidupan kita menjadi sukar. Sakit sendi dan belakang, tulang mudah patah jika jatuh, gigi mudah reput dan banyak lagi kesannya. Kalsium atau dikenali sebagai ostematrix Shaklee tidaklah mahal harganya. Jauh sangat berbaloi dengan kesihatan tulang. Sayangi lah diri anda untuk orang-orang yang anda sayangi. Jika anda sakit, siapakah yang akan menjaga mereka.

Jika anda berminat mencuba, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728. Untuk bulan ini (April 2014) beli 6 percuma 1. Nak beli 1 pun boleh!

Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728 



klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

Saturday, 16 March 2013

Joint Health Set Melegakan Sakit Sendi

Semakin berusia seseorang itu bermakna sudah lama lah ia menggunakan setiap otot, sendi dan tulangnya dalam melakukan aktiviti harian. Keluhan rasa sakit pada sendi dan pinggang sering didengari daripada ibubapa kita. Kita yang muda ini pun adakalanya sakit dan lenguh-lenguh badan, ini kan pula mereka yang sudah tua.

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa pun puncanya, ia ternyata membebankan. Apabila kita mula menderitainya, cuma satu sahaja yang kita fikirkan iaitu cara melegakannya. Untuk itu, Shaklee menawarkan Set Joint Health bagi kesihatan sendi yang optimum.


Apa kebaikan Set Joint Health Shaklee ini? Jom kita tengok ya

  • Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi

Apa yang ada dalam Set ini?

1) Omega Guard - Merupakan minyak ikan Omega 3 yang terbaik di dunia. Memelihara fungsi sendi dan melegakan sakit-sakit sendi. Omega juga mencegah risiko pelbagai penyakit berbahaya serta mengurangkan tahap kolestrol. Untuk info lebih banyak tentang Omega sila klik sini.

2) Ostematrix - Merupakan formula lengkap yang mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. Untuk info tentang Ostematrik sila klik sini.

3) Advanced Joint Health Tablet - mengandungi estrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, estrak jagung dan nutrien penting termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakannya.  


Jangan biarkan sakit sendi daripada menghalang anda bergiat aktif. Pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa akan datang. Samada anda mengidap sakit sendi atau tidak, adalah penting untuk anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.

Apa salahnya jika anda juga boleh menghadiahkan set Joint Health ini kepada ibu dan ayah yang sudah tua. Pasti hari-hari mereka lebih ceria dan melegakan. Harganya tidak mahal dan amatlah berbaloi dengan kesan melegakan kesakitan yang dialami. 



Untuk mencuba set ini dan konsultasi percuma boleh hubungi saya
emel: nourelhealth@gmail.com
sms/whatsaap: 0129322728

klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

Sunday, 10 March 2013

Doktor Pakar Turut Mengesyorkan Ostematrix Shaklee! Anda Pula Bagaimana?

Selalu terasa kebas-kebas, lenguh pada kaki, sakit pinggang, atau gigi goyang saat mengunyah makanan? hah, itulah tandanya anda kekurangan kalsium. Kalsium penting  terutamanya bagi ibu menyusu atau hamil, warga emas, atlit atau sesiapa pun yang memerlukannya. Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.

Tapi kali ini saya mahu berkongsi bersama anda tentang pengalaman suami saya sendiri. Sejak dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasanya, beliau seorang yang aktif bersukan. Pantang ada perlawanan bola sepak sudah tentu beliau ada di dalam pasukan. Namun ketika berusia 8 tahun, suami saya telah mengalami jangkitan pada tulang kaki berhampiran jari kakinya. Hasil pemeriksaan doktor pakar telah membawa kepada pembedahan pertama. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan  beliau kembali pulih dalam tempoh setahun untuk kembali aktif bersukan.

Masa kian berlalu dan suami saya seterusnya melanjutkan pelajarannya di bumi Anbiya, Kaherah di Mesir. Ketika itu beliau berusia 20 tahun, dan sekali lagi kecergasannya diragut akibat jangkitan tulang kaki di tempat yang sama. Kali ini sakit yang dirasai adalah lebih dasyat dan menyukarkannya untuk berjalan. Lebih sukar lagi beliau ketika itu merupakan pelajar jurusan perubatan yang perlu berdiri berjam-jam lamanya di hospital.

Lantaran itu, beliau pulang ke Malaysia untuk menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang tulang kaki yang telah rosak akibat jangkitan. Alhamdulillah pembedahan berjaya tetapi tempoh untuk sembuh agak panjang kerana kali ini tulang kaki terpaksa dibuang sedikit. Beliau juga kerap mengadu ada rasa ngilu dan berdenyut-denyut di kakinya. Melihat keadaan itu, doktor pakar yang merawatnya mengesyorkannya untuk mengambil Ostematrix Shaklee. 

Ostematrix adalah kalsium yang membantu dan memberi pertumbuhan yang cepat dan sihat kepada tulang. Setelah beberapa minggu pembedahan tulang kaki, suami saya kembali ke Kaherah bersama-sama bekalan Ostematrix. walaupun masih belum sembuh sepenuhnya beliau terus mengamalkan pengambilan Ostematrix. Alhamdulillah setelah  hampir setahun pengambilannya, beliau kembali pulih dan tiada lagi mengadu sakit-sakit kaki sehingga kini. Malah lebih cergas dan boleh berlari.

Lihat, kalsium adalah supplement penting dalam keperluan harian kita. Lebih-lebih lagi jika kita tak suka minum susu, pasti tulang menjadi rapuh dan gigi pula mulai goyang bagi mereka yang semakin berusia.

Bulan ini (Mac) ada promosi untuk Ostematrix. Jom beli untuk ibu dan ayah kita yang semakin berusia. Pasti mereka gembira dan selalu teringatkan anda tiap kali mengambil ostematrix. Tak mahal pun harganya. Apalah sangat harga nak dibandingkan dengan jasa ibu dan ayah kan? hehe....




Untuk mmencuba produk ini hubungi saya untuk info dan konsultasi percuma.
Sms/whatsapp : 0129322728 (Atiqah)
Emel: nourelhealth@gmail.com

klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.