Set 3M : Set penyusuan terunggul

3M adalah set penyusuan terbaik dari Shaklee. Ia bukan sekadar untuk penyusuan, malah untuk kecantikan dan penurunan berat badan yang ideal dan unggul. Selain bertindak sebagai milk booster, ESP atau protein soya memelihara fungsi otot dan memberi rasa kenyang, bertenaga dan seterusnya membantu penurunan berat badan dengan cepat

Suplemen khas untuk ibu hamil

Ibu yang sedang hamil perlu memastikan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin menjamin kesihatan ibu dan bayi

Keluarga sihat dengan Omega Guard

Shaklee Omega Guard merupakan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 semulajadi seperti DHA, EPA, ALA dan banyak lagi yang penting untuk mengekalkan kesihatan. DHA dan EPA dipercayaimampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

Set bersalin Shaklee

Ibu yang baru sahaja bersalin memerlukan khasiat vitamin dan mineral untuk mengembalikan kecergasan tubuh badannya setelah bersusah payah dan kepenatan saat melahirkan bayi. Minum air yang mencukupi juga menjamin kestabilan sistem tubuh yang unggul..

JOINT HEALTH SET melegakan sakit sendi

Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.

Selamat datang ke Nourelhealth Online.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? sihat? Segar? Anggun? Saya pasti ramai yang mahu tampil seperti itu. Rupa paras yang elok dan segar mampu memberi keyakinan pada diri seseorang untuk tampil dengan imej yang bertenaga. Bagi wanita pula, kecantikan adalah aset utama untuk tampil bertenaga dan berkeyakinan dalam melakukan aktiviti harian. Kulit yang berjerawat, kusam dan kasar boleh mengakibatkan rasa rendah diri dan stress. Nourelhealth akan sentiasa memberikan apa yang terbaik buat anda.

Friday 7 November 2014

Omega Guard Shaklee Bantu Perkembangan Otak & Meningkatkan Daya Tumpuan Serta Memori Anak Saya

Sangat teruja bila bulan ini giliran promosi OMEGA GUARD Shaklee.. saya sangat suka kan omega kerana ianya minyak ikan kaya Omega 3 yang mengandungi DHA yang sangat penting dalam perkembangan otak bayi & janin. Saya amalkannya sejak sy menyusukan anak pertama.. dan kini anak kedua. Apa yang ibu makan akan disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Manakala ibu hamil pula secara terus. Alhamdulillah Anna sudah mengenal Alphabet A-Z dengan lancar, Numeric 1-10 & warna sejak usianya mencecah awal 2 tahun. Berikannya buku atau suratkhabar.. Anna akan memberitahu kesemua huruf dengan betul.. setelah bercerai susu.. saya campurkan Omega Guard ke dalam susu formula ysng Anna minum. 3biji sehari untuk saya.. dan sebiji sehari untuk anna.. Alhamdulillah kesihatan juga semakin baik. Omega Guard boleh diambil oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun & ke atas.



Apa yang saya perhatikan, pengambilan Omega Guard membantu menjadikan anak saya lebih fokus saat melakukan sesuatu aktiviti. Contohnya ketika usianya 1 tahun lagi dia cenderung untuk mengambil pensel & kertas kemudian melukis-lukis. Ketika usianya menginjak 1 tahun 7 bulan, Anna semakin kreatif dengan mengambil pelbagai jenis warna dan melakarkannya di atas kertas & menghasilkan lakaran yang bagi saya amat cantik & kreatif untuk anak seawal usia itu.


Omega Guard boleh diambil oleh kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kepada anda yang mempunyai anak yang sering kurang daya tumpuan & selalu mengantuk di dalam kelas, saya syorkan pengambilan Omega Guard. Ia turut membantu dalam meningkatkan kekuatan daya memori mereka dalam pembelajaran. Selain itu, Omega Guard bantu meningkatkan sistem imun tubuh sekaligus mengurangkan masalah sering demam, batuk & selesema.

Antara fungsi lain Omega Guard Shaklee boleh rujuk di sini http://www.nourelhealth.blogspot.com/2013/02/keluarga-sihat-dengan-omega-guard.html?m=1


Jika anda berminat mendapatkan produk ini, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728.

Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728


klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.


Friday 15 August 2014

Menunaikan Umrah Dengan Set Ibu Hamil Shaklee Memang Terbaik!

Wanita yang pernah melalui alam kehamilan pasti tahu betapa penat & letihnya mengandung lebih 9 bulan. Berjalan dengan rasa kebas dan sengal kaki, sakit belakang mahupun pinggang. Ada pula yang berasa pening & loya berbulan-bulan lamanya. Perlu diingatkan simptom-simptom tersebut boleh menggangu kelancaran kehamilan anda. Ada yang berasa stress akibat simptom-simpton tersebut dan boleh memberi kesan negatif pada kesihatan ibu & bayi.

Saat pertama kali mengandungkan anak sulung, saya mengalami pelbagai simptom kehamilan yang membuatkan saya selalu berasa murung... setiap hari pergi ke kerja, badan terasa amat letih. Saat usia kehamilan menjangkau 5 bulan, saya mulai rasa kebas anggota badan. pada waktu pagi jemari terasa amat sukar untuk digenggam, sendi-sendi jemari berasa sangat sakit. kaki pula selalu berasa kebas dan adakalanya cramp di waktu malam. sakit pinggang & belakang sudah tentu! Loya & penig sudah pasti... hehe.. saya sekadar mengambil suplemen yang dibekalkan oleh doktor di klinik. 

Namun saat hamil anak kedua, semuanya ternyata berbeza. Tubuh terasa sangat bertenaga, sakit sendi amat kurang malah cramp kaki pernah terjadi hanya 1x sahaja sepanjang tempoh kehamilan.Syok sangat sebab badan rasa sihat & jarang demam. Malah boleh cergas menjaga anak sulung yang baru berusia 1 tahun lebih bermula saat awal kehamilan hingga bersalin. Lagi best walaupun hamil saya masih menyusu badan.. Alhamdulillah...saat usia kehamilan menjangkau 6 bulan, saya berhenti menyusukan anak kerana perut sudah terlalu besar. Walaubagaimana pun saya bersyukur...

Apa rahsianya? tentulah Set Ibu Hamil Shaklee...saya amat konsisten mengamalkan kesemua suplemen dalam set ini sepanjang kehamilan. Malah saat hamil 30 minggu, saya menaiki kapal terbang & membawa anak sulung yang ketika itu berusia 1 tahun 7 bulan ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah. Dengan izin Allah, saya dapat menjalani ibadah tersebut tanpa sebarang masalah.

Bukan mudah membawa anak kecil travel jauh dalam keadaan hamil 30 minggu ketika itu. Transit & penerbangan sahaja mengambil masa hampir 24jam. Namun, Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya menjadi mudah. Terima kasih 'SET IBU HAMIL SHAKLEE' kerana membekalkan tenaga, nutrien & vitamin untuk kesihatan sepanjang menunaikan ibadah. Walaupun berjalan kaki hampir 1km dari hotel ke Masjidilharam sewaktu di Makkah, badan bertenaga, cergas & sihat.. MasyaAllah, seronok tawaf Kaabah saat hamil dengan perut yang besar.. semoga anak yang dikandung menjadi anak yang soleh.. Aminn... Setiap kali ke masjid saya bawa bersama Anak sulung saya dan dia akan duduk di sebelah...(rindu benar saat itu..).. Alhamdulillah.. Kepada ibu yang sedang hamil, cubalah set ibu kehamilan Shaklee. Anda pasti merasai kelainannya. 

Apa ada dalam Set Ibu Hamil Shaklee?



Set J1 (Ibu hamil trimester 1)

  1. Vitalea - Multivitamin dan mineral terbaik dengan zat besi yang membantu pembentukan sel-sel darah merah. (tidak perlu ambil obimin jika ambil vitalea)
  2. B-Complex - Terdiri daripada 8 kumplulan Vitamin B dan asid folik. Vitamin B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah manakala asid folik mencegah kecacatan tiub neural pada janin.
  3. Vitamin C - Meningkatkan sistem imun dan pertahanan tubuh ibu hamil
  4. Ostematrix/Kalsium - Sangat sesuai jika ibu kurang minum susu. Saat hamil janin memerlukan kalsium untuk perkembangan tulang dan gigi, kekurangannya menyebabkan kalsium ibu diserap oleh bayi dan menyebabkan ibu merasa kebas dan sakit belakang. Pengambilan kalsium mampu mencegahnya.

Set J2 (Ibu hamil trimester 2 dan 3)

  1. Vitalea
  2. B-Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix/Kalsium
  5. Omega Guard - Mengandungi minyak ikan Omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA. Membantu perkembangan otak janin. 
Tidak perlu lagi mengambil asid folik dan obimin yang dibekalkan oleh doktor sekiranya ibu telah mengambil salah satu set di atas.

Selain suplemen di atas, saya juga mengambil Mealshake (Multivitamin dengan kalsium & kaya fiber) dan juga Protein soya (ESP)

Mealshake bantu menyihatkan tubuh serta mengurangkan masalah deman, batuk & selesema. Untuk info Mealshake klik sini.


Ibu hamil juga boleh mengambil ESP (Energizing soy protein) Shaklee untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. Untuk ketahui kelebihan dan kebaikan ESP klik sini.


Alhamdulillah, anak yang lahir juga sihat & sangat comel.. ;)

Jika anda berminat mencuba, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728. 

Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728 



klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

Sunday 8 June 2014

Cara Menjadi Ahli @ Pengedar Produk Shaklee & Kelebihannya


Kami mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Pengedar Produk Shaklee kami. Anda boleh menjadi ahli untuk menjana pendapatan sampingan mahupun secara sepenuh masa. Siapa sangka anda boleh jana pendapatan 4 atau 5, mahupun 6 angka sebulan dengan Shaklee! Memulakan bisnes Shaklee umpana membina perniagaan sendiri kerana anda menentukan pendapatan anda setiap bulan dan ianya tanpa had!
Bagaimana mahu mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee?
  • Anda boleh mendaftar dengan bayaran serendah RM65 untuk yuran pendaftaran atau pun membuat pembelian produk melebihi 200points (dalam lingkungan RM650-RM700) untuk dapatkan keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau anda boleh pergi sendiri ke mana-mana branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 891387 sebagai sponsor/upline.
Yuran keahlian Shaklee
  • Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk mengambil member kit) atau tambahan RM10 jika anda mahu member kit tersebut diposkan kepada anda melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 jika semuanya diuruskan dan member kit dipos kepada anda oleh saya.
Tak perlu maintain point dalam Shaklee
  • Sekiranya anda menjadi ahli untuk membeli produk untuk kegunaan sendiri, tak perlu maintain points melainkan jika anda mahu memulakan bisnes. Saudara mara dan kawan-kawan anda juga boleh membeli produk dengan harga ahli 20% diskaun menggunakan ID anda.
Kelebihan menjadi ahli Shaklee
  • Anda boleh membeli produk dengan harga ahli sebanyak 20% diskaun atau lebih dan mengumpul point anda sendiri
  • Anda layak untuk membeli produk dengan nilai promosi yang ditawarkan oleh Shaklee pada setiap bulan
  • Semakin banyak belian menggunakan ID Shaklee anda, semakin banyak points yang terkumpul dan pada nilai points tertentu, anda layak menerima bonus cash.
  • Jika berminat memulakan bisnes, ada kelas dan group tertutup di FB khas untuk anda yang mendaftar melalui saya.
  • Shaklee menawarkan 3C iaitu CASH, CAR (bonus kereta) dan CONVENTION (local & International- Umrah bagi Muslim)
Apa kelebihan mendaftar ahli dengan Nourelhealth Online?
  • Kami akan memberi anda ACCESS ke dalam FB Tertutup Bisnes kami, di mana ahli sahaja boleh masuk ke group ini.
  • Dalam group ini, anda berpeluang menimba ilmu Marketing Online, Info dan cara pengambilan produk serta cara memulakan binses dengan Shaklee. Pelbagai kemudahan seperti poster iklan akan disediakan untuk anda secara percuma untuk anda melakukan promosi produk Shaklee.
  • Nak jana pendapatan lumayan dengan Shaklee? Pastikan anda sertai kami hari ini!

Anda berminat? hubungi saya di 012-9322728 untuk respon segera atau add FB saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk mendaftar!

Friday 6 June 2014

Mealshake & Omega Guard, Suplemen Terbaik Untuk Anak

Ramai yang bertanya apakah suplemen terbaik untuk diberikan kepada anak-anak mereka. Terutamanya yang masih bersekolah rendah. Yang tak suka makan sayur, yang tak suka nak makan makanan berkhasiat dan yang selalu keletihan dan kurang daya tumpuan di sekolah. Adakalanya sering demam, batuk & selesema. Jawapan saya hanya 2 suplemen penting. Iaitu MEALSHAKE & OMEGA GUARD!

1. MEALSHAKE ialah multivitamin kaya fiber & kalsium. Mengandungi 19 vitamin utama untuk kesihatan tubuh. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh & kecergasan. Sesuai diberikan untuk sarapan pagi atau menu bersahur. 

2. OMEGA GUARD ialah minyak ikan omega 3 yang kaya dengan DHA. Membantu meningkatkan kecergasan otak dengan meransang sistem saraf dan retina. Sekaligus meningkatkan daya tumpuan dan memori dalam pembelajaran. 


Jom kita lihat antara kelebihan Mealshake ni
  • Kaya dengan protein yang menyihatkan sel-sel tubuh
  • Memberi tenaga dan lebih sihat
  • Kaya serat larut yang melawaskan pembuangan air besar jika alami sembelit 
  • Mengurangkan masalah kulit seperti enzema
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Multivitamin berperisa Vanilla tanpa pewarna dan gula tiruan
Mealshake Shaklee ini boleh diminum begitu sahaja atau dicampur bersama susu atau minuman kegemaran anak-anak.

Apakah kebaikan & kelebihan Omega Guard untuk kanak-kanak? Jom lihat
  • DHA penting untuk kecerdasan otak. DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.Oleh itu, DHA membina kecerdasan otak dan meningkatkan daya tumpuan serta memori atau keupayaam ingatan dalam pembelajaran
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan alahan kulit
  • Kajian membuktikan DHA dan EPA berupaya menstabilkan emosi atau stress
  • Membantu melawan kanser. Kajian membuktikan Omega-3 mampu menentang kanserparu-paru, payudara, prostat dan kolon
  • DHA membantu perkembangan otak janin sejak dari dalam kandungan. Ibu hamil digalakkan mengambil Omega Guard.
  • Mengurangkan kenaikan berat badan dan mencegah obesiti

Mari kita lihat testimoni daripada ibubapa yang memberikan anak mereka Mealshake & Omega Guard.



Jika anda berminat mendapatkan set ini, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728. 

Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728

klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

Wednesday 4 June 2014

Rawatan Rambut Gugur Dengan Vitamin & Set Penjagaan Rambut Shaklee Pro Sante

Hari-hari kalau menyapu rumah, mesti nampak rambut bersepah sana sini... hadoiii lepas bersalin memang banyak rambut gugur. Stress dan sedih lah kan...kemudian tiba-tiba saya disahkan hamil, selepas beberapa bulan kehamilan, saya baru perasan eh kenapa sekarang bila menyapu rumah dah tak ada rambut lagi bersepah di atas lantai??? Dalam bilik air pun tak ada lagi rambut tersekat kat saluran air. Di bantal pun dah tak ada lagi rambut yang gugur! Wah, serius terkejut, fikir punya fikir...haaa patutlah!!! Saya ambil Set Ibu Hamil Shaklee yang mengandungi ESP (protein soya), Vitalea (Multivitamin), Vitamin B Kompleks, Vitamin C dan Ostematrix! Dan hampir semua vitamin tu ada dalam Set Keguguran Rambut Shaklee! Wah, memang terbaik! sebab bukan badan je sihat masa hamil, rambut pun makin kuat! 





Sebenarnya terdapat beberapa punca mengapa berlakunya keguguran rambut


1. Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin 

Sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan rambut mudah gugur.

2. Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian
Pengambilan makanan berproses menyebabkan badan sukar menerima nutrient yang mencukupi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.
3. Stress
Stress memerlukan banyak B-complex, ia juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
4. Bahan kimia dalam produk rambut
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.
Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B Complex, Zink dan Vitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil.

Rawatan untuk rambut gugur adalah seperti berikut:

A] Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu 
1. ESP (Protein soya)
2. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
3. Vitamin B Kompleks
4. Zinc Complex
*Rujuk gambar Set keguguran rambut di atas ya
B] Bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya dan lebih kandungan organik,       iaitu Set penjagaan rambut Shaklee Pro Sante.
C] Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
D] Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
E] Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Selain daripada vitamin, Shaklee juga mempunyai set penjagaan rambut iaitu Shaklee Pro Sante. Jom baca fakta2 best tentang Pro Sante ni!

1.Revitalizing Syampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
  • Menyingkirkan kelemumur dan menghilangkan kegatalan kulit kepala.
2.Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
3.Nourishing Scalp Treatment
Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi. Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak


ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.



Memang besttt....Belum cuba belum tahuu.....Manjakanlah rambut anda dgn ramuan yg lembut, semulajadi dan bersih...


Jom tengok testimoni pengguna!





Jika anda berminat mencuba, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728. 

Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728 


klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

Sunday 1 June 2014

Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat & Bintik Hitam Dengan ESP & Vitamin E Shaklee!

Bila tengok cermin, 'Eiiiii.... banyak betul parut jerawat kat muka.'..sampai diri sendiri pun tak sanggup nak tengok wajah sendiri kan! Apatah lagi nak berhadapan dengan orang lain di tempat kerja. Ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang masalah kesan parut jerawat dan kulit yang kering serta kusam. Dah cuba macam-macam produk tenyeh kat muka tapi tetap tak membuahkan hasil. Hehe..tahukah anda sebenarnya KECANTIKAN DALAMAN MEMBENTUK LUARAN?? Tubuh anda sebenarnya kekurangan vitamin tertentu yang mengakibatkan kulit wajah anda tidak bermaya, jerawat tumbuh merata, berminyak, kering, kusam dan macam-macam lagi.

Antara vitamin yang sangat membantu mengatasi semua masalah di atas ialah Vitamin E! Sememangnya vitamin E sudah lama terkenal sebagai vitamin kecantikan!

Secara amnya Vitamin E Shaklee membantu untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal.Satu lagi kelebihan Vitamin E Shaklee adalah merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif.

Cara mudah untuk hilangkan parut dengan Vitamin E Shaklee hanyalah dengan pecahkan kapsul vitamin E dan sapu pada kawasan parut setiap malam sehingga dapat kesan yang diingini. Satu botol Vitamin E mengandungi 120 biji, hanya makan sebiji sehari, sebotol vitamin E mampu tahan sehingga 4 bulan penggunaan. Jimat dan berbaloi. 
Untuk mempercepatkan lagi kuasa penyembuhan dan kesan parut, pelanggan juga disyorkan untuk ambil bersama dengan ESP (Protein soaya). ESP membantu untuk memperbaharui sel kulit dan penghasilan sel kulit baru akan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Pengalaman pelanggan-pelanggan saya sebelum ini mendapati parut lebih cepat pudar jika diambil bersama Vitamin E dan ESP. 


Jom kita lihat testimoni mereka yang telah mencuba!

Testimoni : Parut jerawat pudar dengan Vitamin E + ESP + Vitamin C


Testimoni 3: Jeragat hitam di wajah hilang dengan ESP dan Vitamin E

Testimoni 3: Jerawat kecut & pudar serta kulit bertambah cerah


Testimoni 4: Bintik hitam & bintik putih tanggal dan berkurang dengan masker vitamin E


Jika anda punya bajet yang lebih, saya syorkan ambil Set D Shaklee untuk kesan yang lebih optimum, cepat dan menakjubkan. Set D mengandungi semua vitamin untuk kecantikan kulit iaitu ESP (protein soya), Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin B Kompleks. Untuk lihat testimoni Set D klik sini. Jika tidak, ESP dan Vitamin E sudah cukup & pilihan terbaik!






Jika anda berminat mencuba, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728. 

Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728 


klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

Monday 19 May 2014

Testimoni Vivix Shaklee - Simptom Darah Tinggi Berkurang

Vivix Shaklee adalah suplemen terunggul daripada Shaklee dan merupakan suplemen paling tepat untuk warga emas dan golongan berusia 30an dan ke atas. Vivix satu-satunya suplemen yang mampu menembusi DNA serta memperbaiki struktur sel yang rosak dan membentuk sel-sel baru yang sihat. Menjana tenaga sel agar tubuh sentiasa segar dan bertenaga serta fresh! Meningkatkan sistem imun tubuh dan melambatkan proses penuaan. Membantu mengembalikan keanjalan & ketegangan serta menghilangkan kedutan. Vivix juga membantu mengurangkan simpton darah tinggi, diabetes & pelbagai penyakit kronik. 

Ok, hari ini saya nak share 2 testimoni. Ini testimoni ibu saya & beliau mengidap darah tinggi. Selalu pening bila penat, sakit sendi otot kaki & pelbagai simptom darah tinggi yang lain. Bulan November 2013, saya berikannya Vivix. Hasil pengambilan yang konsisten setiap hari, beliau kemudiaannya menghantar gambar keputusan ujian darahnya pada December 2013. Doktor sendiri terkejut kerana result blood test menunjukkan kesan yang positif! Mak juga memberitahu sakit kakinya semakin berkurang, dan badan terasa fresh!  Alhamdulillah, sehingga kini, mak menjadi pengguna setia Vivix! :)




Ini pula testimoni pengguna Vivix yang berjaya membuang kebergantungannya terhadap ubatan. Malah simptom darah tinggi juga berkurang dan hampir tiada. Walaupun harganya sedikit mahal, tapi amat berbaloi! Hehe.. Nak jadi ahli Shaklee & beli dengan harga ahli pun boleh!


Nak lagi testimoni? Klik http://www.nourelhealth.blogspot.com/2014/05/vivix-shaklee-suplemen-terbaik-untuk.html?m=1

Jika anda berminat mencuba, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728.


Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728

klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.