Thursday, 3 April 2014

Ostematrix (Kalsium Shaklee) Bantu Kurangkan Sakit Sendi, Kuatkan Tulang & Gigi

Alhamdulillah, April adalah bulan promosi beli 6 percuma 1 untuk Kalsium (Ostematrix) Shaklee. Kalsium adalah antara suplemen kegemaran saya sejak dari awal kehamilan lagi. Jika anda tidak menggemari susu, maka pil kalsium adalah jalan terbaik untuk menampung keperluan dalam diet harian. Semua orang memerlukan kalsium. Kekurangannya mengakibatkan tulang mudah rapuh, sakit sendi dan belakang serta kebas-kebas pada anggota badan. Untuk ibu hamil mahupun menyusu, kalsium penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Bukan orang tua sahaja memerlukan kalsium, tetapi cegahlah osteoporosis sejak dari muda lagi.



Saya sukakan kalsium Shaklee kerana banyak membantu saya saat hamil kali kedua. Tiada sakit sendi dan belakang serta tiada masalah kebas-kebas lagi seperti kehamilan terdahulu. Tidak seperti kehamilan saya yang pertama dahulu, seawal usia kandungan 5 bulan lagi saya sudah mengalami masalah sakit sendi terutamanya di jari jemari tangan sehinggakan saya tak mampu untuk menggenggam tangan di awal pagi. Suami lah yang terpaksa mengurut jemari saya sehingga rasa sakit itu surut. Masalah 'cramp' pada otot kaki juga seringkali terjadi pada waktu malam. Tumit kaki sudah tentu berbisa untuk berpijak dan semua itu berlarutan sehinggalah saat melahirkan anak pertama. 

Alhamdulillah, Kehamilan kali ini yang sudah pun mencecah 30 minggu, semua masalah yang saya ceritakan di atas tadi tidak berlaku. Malah saya baru sahaja pulang menunaikan ibadah umrah yang memerlukan saya berjalan kaki setiap hari berulang-alik ke masjid yang agak jauh tanpa sebarang masalah walaupun perut semakin membesar. Tambahan pula membawa anak sulung yang berusia 1 tahun 7 bulan sememangnya mencabar.

Bukan sekadar itu, seorang teman saya yang mengambil kalsium shaklee sewaktu hamil dahulu, mengakui anaknya memiliki tulang yang kuat. Seawal usia 1 bulan, anaknya sudah boleh mengangkat kepala sendiri. Tubuhnya lebih tegap berbanding bayi yang seusia dengannya.

Kalsium banyak kelebihannya kepada tubuh. Kekurangannya boleh mengakibatkan kehidupan kita menjadi sukar. Sakit sendi dan belakang, tulang mudah patah jika jatuh, gigi mudah reput dan banyak lagi kesannya. Kalsium atau dikenali sebagai ostematrix Shaklee tidaklah mahal harganya. Jauh sangat berbaloi dengan kesihatan tulang. Sayangi lah diri anda untuk orang-orang yang anda sayangi. Jika anda sakit, siapakah yang akan menjaga mereka.

Jika anda berminat mencuba, jangan segan silu untuk PM/whatsaap 0129322728. Untuk bulan ini (April 2014) beli 6 percuma 1. Nak beli 1 pun boleh!

Untuk respon segera sms/whatsaap: 0129322728 



klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

0 comments:

Post a Comment