Thursday, 2 January 2014

Kelebihan & Cara Perbanyakkan Susu Ibu (ESP+Alfalfa)

'Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan ganjaran pahala bagi setiap titis susu ibu yang masuk ke mulut anaknya'
Subhanallah begitu hebat ganjaran untuk ibu yang menyusukan anaknya.

Hakikatnya, susu ibu adalah susu terbaik di dunia dan tiada tandingannya dengan susu-susu formula. Melalui susu ibu, anak akan mendapat pelbagai nutrien dan zat penting yang tak dapat diperolehi melalui susu formula. Oleh itu, susuilah anak anda dengan susu dari badan anda sendiri melainkan perkara-perkara yang menghalang anda berbuat demikian.

Kelebihan & Kebaikan Penyusuan Kepada Ibu

  • Membantu pengecutan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan uterin
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Membantu penurunan berat badan ibu selepas bersalin
Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi

  • Sumber imunisasi pertama untuk bayi
  • Susu ibu satu-satunya makanan yang mengandungi antibodi untuk pertahanan tubuh bayi
  • Mengurangkan masalah elergi dan penghadaman kerana susu ibu mudah diserap dan dicernakan
  • Membekalkan zat-zat dan sumber nutrisi untuk bayi
  • Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak
Ibu yang sedang menyusukan anak perlu memastikan pemakanan dalam diet harian adalah seimbang bagi memastikan kelancaran proses penyusuan. Masalah yang seringkali timbul pada awal penyusuan ialah masalah susu badan yang amat sedikit. Hal ini menyebabkan kebanyakan ibu memberikan susu formula kepada bayi dan ini amatlah mendukacitakan jika ibu sebenarnya telah berniat hanya mahu memberikan susu badan sahaja.

Tips Menambah Susu Badan

  • Supply and demand adalah konsep asas dalam penyusuan. Semakin banyak permintaan susu ibu melalui hisapan pada puting oleh bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Apabila payudara telah kosong akibat dihisap oleh bayi atau pun dipam, otak akan mendapat signal untuk menghasilkan susu dan memenuhi kembali payudara dengan susu ibu. Berikan anak anda menyusu sekerap mungkin atau pam sekurang-kurangnya 4 jam sekali bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Minum air yang banyak membantu melancarkan sistem dan fungsi organ dalam tubuh, meningkatkan kecergasan dan sekaligus meransang penghasilan susu ibu.
  • Makan makanan yang berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan kesihatan ibu adalah pada tahap optimum. Apa yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Jika ibu kurang mengambil vitamin tertentu seperti kalsium, kesannya ibu akan mengalami masalah sakit sendi dan tulang rapuh. Malah anak yang disusukan juga mungkin lambat mengalami pertumbuhan gigi.

Antara makanan dan minuman yang boleh membantu perbanyakkan susu ibu ialah:

  1. Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan     sebagainya
  2. Kaya dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
  3. Tinggi kalori – longan kering, kurma.
  4. Tinggi kalsium – susu.
  5. Kaya vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
  6. Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
  7. Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
  8. Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
  9. Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
  10. Pengambilan supplement - Jika ibu tidak pasti dan bimbang tidak makan makanan yang berkhasiat dalam menu diet harian, terutamanya bagi ibu yang sibuk bekerja, ambillah supplement yang boleh membantu. Antara supplement yang terbaik dalam penyusuan adalah Set Penyusuan Shaklee. Set ini mengandungi nutrien dan zat yang lengkap untuk keperluan tubuh ibu dan juga bayi yang disusui. Apabila tubuh menerima zat dan nutrien yang mencukupi, penyusuan akan lebih lancar. Set Penyusuan Shaklee juga mengandungi Milk Booster terbaik yang membantu menghasilkan susu ibu dengan cepat. 
Untuk set penyusuan paling asas dan berkesan ialah Set Penyusuan Double Milk Booster. Set ini hanya mengandungi 2 suplemen iaitu ESP(protein soya) dan Alfalfa. Set ini 

  • Sesuai bagi ibu yang tak suka ambil terlalu banyak suplemen
  • Susu badan BANYAK dan kulit semakin CANTIK
  • Membantu atasi masalah keputihan
  • Meningkatkan kecergasan tubuh dan memberi tenaga
  • Paling asas dan bekesan untuk perbanyakkan susu ibu


Untuk melihat lebih banyak testimoni Set Penyusuan Shaklee kilik di sini


Jika anda berminat mencuba produk ini, hubungi saya hari ini.
email: nourelhealth@gmail.com
sms/whatsapp: 0129322728


klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.

1 comments: