Salah Faham Masyarakat Terhadap Kanak-kanak Disleksia
Disleksia bukanlah sejenis penyakit, tetapi adalah salah satu gangguan dalam pembelajaran. Antara masalah yang mereka hadapi ialah membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Kanak-kanak disleksia adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang normal. Masyarakat sering tersalah anggap bahawa kanak-kanak disleksia adalah kanak-kanak yang boleh menganggu keseluruhan hidup mereka hingga ke tua. Namun kebanyakan manusia yang berjaya hari ini adalah pengidap disleksia sewaktu kecil.
Ibubapa yang dapat mengesan masalah disleksia di kalangan anak-anak seharusnya memulakan langkah awal untuk mengatasinya. Antaranya ialah menghantar kanak-kanak disleksia ke kelas pendidikan khas agar mereka dapat menjalani sesi pembelajaran yang lebih efektif dan tersusun bersesuaian dengan kemampuan mereka. Guru juga boleh memberi lebih banyak tumpuan dalam membantu meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran. Pengasingan ini sangat penting kerana kelas arus perdana yang diberikan kepada kanak-kanak normal adalah lebih sukar untuk diikuti oleh kanak-kanak disleksia.
Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia
- Masalah disleksia boleh dikesan pada peringkat awal persekolan kanak-kanak
- Lambat dalam proses membaca dan mengira
- Kebiasaannya memiliki tulisan tangan yang agak buruk
- Sering keliru dengan huruf-huruf tertentu seperti 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'
- Perhatian sering terganggu menyebabkan mereka sukar menghabiskan sesuatu tugasan
- Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain
Disleksia Dan Rawatannya
Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau boleh biar mereka berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kanak-kanak normal yang lain.
Disleksia dapat dikesan setelah menjalani beberapa ujan di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Disleksia boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati, Pengidap disleksia biasanya diberikan rawatan terapi bagi meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial. Rawatan dan latihan yang diberikan membantu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka sedikit demi sedikit sehinggalah mereka mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain.
Peranan dan penerimaan ibu bapa terhadap kanak-kanak disleksia amatlah penting. Jika bukan ibubapa, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk meningkatkan nilai-nilai kehidupan kanak-kanak disleksia ini. Mereka memerlukan sokongan dan perhatian yang sewajarnya. Sentiasalah bersama mereka saat mereka sedang belajar untuk mengeja dan membaca. Yakinlah bahawa mereka boleh berjaya! Percayalah, tiada anak yang hadir tanpa ujian dan rezeki. Sesungguhnya hanya ibu bapa yang terpilih sahaja yang diberikan anak seistimewa ini.
Kanak-kanak Disleksia Yang Hebat
Ramai di kalangan manusia hebat hari ini adalah pengidap disleksia sewaktu kecil. Antaranya ialah Albert Einstain, Leonardo da Vinci, Alexander Graham Bell, Tom Cruise, Lee Kuan yew dan anaknya Dr. Lee Wei Ling, dan ramai lagi.
Jika mereka semua boleh berjaya, mengapa perlu gusar jika anda boleh membantu anak-anak disleksia untuk berjaya?
Sumber info: 55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy
Minyak Ikan Omega-3
Kanak-kanak disleksia sukar memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran. Makanan yang kaya dengan minyak ikan omega-3 dapat membantu menigkatkan fungsi saraf, retina dan mata sekaligus meningkatkan daya tumpuan mereka dalam pembelajaran. Antara produk kesihatan atau suplemen yang mengandungi minyak ikan omega-3 ialah Omega Guard Shaklee.
Satu hidangan omega guard membekalkan 100mg asid lemak omega-3 yang kaya dengan DHA dan EPA. DHA merupakan nutrien penting bagi otak dan membantu meningkatkan kecerdasan otak dan sekaligus menigkatkan tumpuan dan sistem memori kanak-kanak.
Selain omega guard, kanak-kanak memerlukan pengambilan multivitamin yang mencukupi dalam diet harian bagi memastikan tahap kesihatan dan kecergasan sentiasa berada pada tahap maksimum. Mealshake shaklee adalah multivitamin yang kaya dengan fiber dan segala vitamin yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak. Multivitamin mampu meningkatkan sistem imunisasi serta mengelakkan masalah sering demam, batuk dan selesema.
Untuk lebih info dan testimoni omega guard dan mealshake shaklee klik sini
Kanak-kanak disleksia sebenarnya adalah anak yang kreatif dan berbakat. Jika kita perhatikan mereka sebenarnya memilki bakat luar biasa seperti melukis, bermain alatan muzik, mencipta sesuatu yang inovasi serta tidak ketinggalan dalam bidang sastera. Berikan mereka peluang dan harapan kerana kehidupan ini indah jika anda sentiasa memberi.
Nota:
Jika anda berminat mencuba produk ini, hubungi saya hari ini.
email: nourelhealth@gmail.com
sms/whatsapp: 0129322728
klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.
email: nourelhealth@gmail.com
sms/whatsapp: 0129322728
klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.
0 comments:
Post a Comment