Wednesday, 27 March 2013

Tips Penyusuan Di Awal Kelahiran Bayi & Ketika Berpantang

Masalah susu badan yang sedikit sering menjadi keluhan di kalangan ibu yang baru sahaja bersalin. Lebih stress jika sejak dari awal lagi ibu telah nekad untuk memberikan susu ibu yang sememangnya memiliki khasiat semulajadi terbaik. TIDAK ADA SATU SUSU PUN DI DUNIA INI YANG DAPAT MENANDINGI KEHEBATAN KHASIAT SEMULAJADI SUSU IBU. Oleh itu, berusahalah wahai ibu.

Saya sendiri telah melalui situasi yang sama, tetapi dengan tekad dan semangat juang yang tinggi akhirnya saya berjaya menyusu badan sepenuhnya anak perempuan saya yang kini berusia 7 bulan. Saya akui masalah susu badan yang amat sedikit sememangnya merunsingkan ibu-ibu yang mahu memberi hanya yang terbaik. Tambahan pula ibu sedang sakit luka selepas bersalin menambahkan lagi stress


Jika susu ibu di awal kelahiran adalah sedikit, jangan risau dan teruskan penyusuan seperti biasa. Hari ini saya mahu kongsi bersama anda tips penyusuan badan di awal kelahiran bayi. 


Ibu perlu tahu tentang perkara-perkara berikut


1) Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal kelahiran. Memang cukup susu yang ibu hasilkan walaupun tidak memancut- mancut.

2) Fahami konsep susu ibu ni mudah hadam. Sebab itu lah bayi cepat menangis meminta susu dan kerap sangat menyusu.

3) Fahami konsep supply and demand. Bila bayi mahu menyusu, jangan bertangguh dan segera menyusukan anak anda. Kosongkan sebelah payudara dan barulah beralih pada payudara sebelah lagi jika bayi anda ingin menyusu lagi selepas itu. Apabila payudara ibu kosong, otak akan terima signal untuk mengahsilkan semula susu dengan cepat. Oleh itu menyusulah sekerap mungkin pada awal kelahiran bayi untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.

4) Jika bayi yang baru lahir terus tidur (fenomena biasa untuk bayi yang ibunya mengambil epidural semasa bersalin, atau bayi yang alami jaundice), ibu perlu perah susu, menggunakan kaedah Marmet. kenapa kaedah Marmet (perahan tangan)?. Kenapa bukan menggunakan pam? Ini disebabkan oleh rangsangan terbaik untuk payudara adalah yang pertama, dari bayi sendiri. Kedua melalui kaedah marmet (perahan tangan), ketiga baru menggunakan pam yang dibeli. Perah, simpan dan susukan bila bayi bangun.

5) Jangan sesekali kenalkan susu formula. Ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap susu ibu.

6) Jangan perkenalkan botol susu terlalu awal. Jika tidak boleh langsung untuk susukan bayi secara direct, guna kaedah "spoon feeding", iaitu kaedah memberi susu kepada bayi menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan "nipple confusion".


7) Ibu juga perlu pastikan makanan yang ibu makan adalah berkhasiat dan kaya nutrisi agar bayi anda menerima khasiat melalui susu ibu. Jika ibu tidak pasti makanan apakah yang berkhasiat untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti, mbillah supplement yang boleh membantu. Saya syorkan Set Penyusuan Shaklee. Set ini mengandungi segala nutrien, multivitamin dan Milk booster terbaik. Bila ibu ambil Set Penyusuan ini, segala khasiat yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Set Penyusuan ini turut membantu menghasilkan susu ibu dengan cepat. Percayalah. Ramai yang telah mencuba.





Ibu juga boleh mencuba Pakej Berpantang Shaklee untuk menyembuhkan luka bersalin dan mengembalikan kecergasan tubuh dengan cepat. Pakej ini turut membantu menghasilkan susu ibu dengan cepat kerana ESP dan Ostematrix (kalsium) bertindak sebagai Milk Booster.






Untuk lebih banyak info tentang penyusuan sila klik sini


Untuk info tentang supplement ketika berpantang pula sila klik sini




Jika anda berminat untuk mencuba set ini, hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat hanya di Nourelhealth Online.

emel: nourelhealth@gmail.com

sms/whatsaap: 0129322728

klik like page Nourelhealth Online di Facebook untuk info terkini dan diskaun hebat! Atau add fb saya Wan Faizatul Atiqah Ismayatim untuk berbual secara lansung mengenai produk.


0 comments:

Post a Comment