Monday 4 March 2013

Rahsia Kecantikan Kini Bukan Lagi Rahsia...

Assalamualaikum semua. apa khabar? sihat? segar? anggun? saya pasti ramai yang mahu tampil seperti itu. Rupa paras yang elok dan segar mampu memberi keyakinan pada diri seseorang untuk tampil dengan imej yang bertenaga. Bagi wanita pula, kecantikan kulit adalah aset utama untuk tampil bertenaga dan berkeyakinan dalam melakukan aktiviti harian. Kulit yang berjerawat, kusam dan kasar boleh mengakibatkan rasa rendah diri dan stress. Betul tak?

Tak suka makan sayur dan buah-buahan?
 Amalkan pengambilan Vitamin B,C, E dan
protein soya Shaklee untuk kulit cantik berseri 

Haa..hari ini saya ingin berkongsi tips kecantikan agar tampil cantik secara semulajadi. Jom kita tengok. Ada tak yang kita amalkan?

1. Makan banyak buah dan sayuran
Banyakkanlah makan buah-buahan dan sayuran. Makin banyak anda makan, makin besar peratusan anda untuk kelihatan lebih muda dan cantik berseri. Buah-buahan dan sayuran ini mengandungi anti oksidan dan kaya dengan Vitamin A,B,C dan E yang dapat memberi kesihatan optimum dan menegangkan kulit agar nampak lebih muda.

2. Minum air yang cukup 
Air yang mencukupi ialah sebanyak 8 gelas air masak sehari. Ini yang biasa disebut. Ke mana-mana, bawalah air. Pastikan tubuh anda tidak kekurangan air.

3. Tidur yang cukup 
Walaupun sesibuk mana sekalipun awak tu, kak, bang, seeloknya dapatkanlah tidur yang secukupnya. Tidur selama 6 hingga 7 jam sehari itu penting. Bila tidur tak cukup, badan akan tidak cukup tenaga. Bila tubuh lemah, anda akan lebih lesu, tidak bermaya, setiap tindakan anda juga akan tidak menjadi. Tidur yang cukup akan menstabilkan kembali sistem-sistem tubuh anda. Jadi, pastikan tidur anda sentiasa cukup.

4. Gunakan Krim Pelembap
Krim pelembap antioksidan boleh digunakan pada waktu malam. Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk mengembalikan kelembapan kulit dan merupakan waktu terbaik untuk penyerapan vitamin yang terdapat dalam kandungan krim pelembap.

5. Elakkan mendapat pancaran matahari secara kerap 
Ini pun penting. Cahaya matahari secara terus akan mudah merosakkan lapisan kulit anda. Terutamanya mereka yang sedang berada di kawasan yang mengalami musim-musim panas. Cahaya matahari waktu pagi itu baik. Cuma jangan sampai berlebihan, di tengah terik tengah hari apatah lagi.

6. Mengambil supplement 
Pengambilan khasiat atau vitamin untuk kulit boleh membantu menegang, merawat dan mencantikkan kulit. Pengambilan supplement berupaya mencantik dan menyihatkan kulit anda dari dalam di samping mengekalkan kesihatan. Haa, mudah bukan? hanya telan sahaja.


Antara supplement yang berupaya memberi kulit menjadi cantik berseri dan segar adalah Vitamin B, Vitamin E, dan Vitamin C. Vitamin ini penting untuk mereka yang tidak suka makan buah dan sayuran. Jika ingin kesan yang lebih baik. Jom amalkan pengambilan ESP atau dikenali sebagai protein soya Shaklee untuk tampil lebih bertenaga, segar dan tentunya kulit yang cantik berseri, halus dan menawan! ;)

Jom kita tengok apa kata mereka yang pernah mencuba







Untuk mencuba set ini hubungi saya untuk sebarang maklumat lanjut dan konsultasi secara percuma. 
email: nourelhealth@gmail.com

sms/whatsapp: 0129322728

0 comments:

Post a Comment